Through The Eyes of The Haunted / Dari Mata Seorang Mangsa- Part 2

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful. 

 Pengenalan

Blog bersiri ini mengisahkan pengalaman sebenar seorang rakan saya (Daniel) yang telah mengalami gangguan dan terlihat pelbagai entiti sejak berusia 6 tahun sehingga kini. Segala cerita yang dikongsikan adalah berdasarkan kisah benar, tanpa sebarang tokok tambah. Dari pocong, pontianak, makhluk hitam berbulu dan mata merah (mawas) hingga entiti aneh dengan wajah separuh bersisik ular. Cerita ini jarang didedahkan dan akan membawa pembaca menyelami dunia seram. 

Introduction

This blog series based on real-life experiences of a close friend (Daniel) who has encountered various supernatural beings since the age of 6. Everything shared in these stories is true, with no added fiction. From sightings of pocong, pontianak, a large black hairy creatures with glowing red eyes, to a terrifying entity with half face covered in snake like scales. This story invites you into a chilling journey rarely spoken about openly. 


THROUGH THE EYES OF THE HAUNTED

DARI MATA SEORANG MANGSA 

PART 2 (BILLINGUAL) 



'kuku panjang dan tangannya macam tangan orang tua, berkedut, dengan kuku kuning berkerak yang nampak macam tak pernah dipotong'- Denial 


Versi Melayu 

Kejadian ini berlaku di MRSM P—— , ketika itu Daniel berada dalam Tingkatan 1. Di MRSM itu, terdapat sebatang pokok besar dan tua yang terletak di hadapan asrama lelaki. Namun, pihak sekolah telah menebangnya kerana mengganggu pandangan. Pokok itu sebenarnya terletak agak jauh dari asrama lelaki walaupun berada betul-betul di hadapannya.




Pada malam itu, para pelajar sedang menjalani prep seperti, membuat kerja sekolah dan sebagainya. Untuk pelajar Tingkatan 1, kelas terletak di tingkat paling atas dan menghadap ke arah kawasan yang kosong. Meja Daniel pula menghadap tingkap yang menghala ke bangunan satu lagi. Satu tragedi yang tidak akan dilupakan berlaku malam itu apabila jangkitan histeria mula tercetus. Histeria sebenarnya sudah bermula sejak waktu  Maghrib lagi dan keadaan dalam surau ketika itu memang sudah agak teruk. Namun pada awalnya, Daniel tidak merasakan apa-apa yang pelik. "Mungkin nanti eloklah tu," fikirnya."




Tiba-tiba, kelas hujung pula yang terkena histeria. Histeria itu kemudian merebak dari satu kelas ke kelas yang lain. Sampailah ke kelas sebelah Daniel. Daniel pula memang jenis yang suka menyibuk, jadi dia pun menjenguk untuk lihat siapa yang terkena histeria. Dia ternampak seorang pelajar perempuan bertudung sedang tunduk memandang ke bawah. Mungkin dialah yang sedang terkena histeria, fikir Daniel. Namun begitu, Daniel hanya meneruskan kerja sekolahnya seperti biasa. 

Daniel pula pura-pura membuat kerja sekolah sambil memandang ke luar tingkap dan sekadar cuba menghilangkan rasa takut. Pandangannya tertumpu lurus ke arah satu bumbung. Bumbung bangunan itu betul-betul berada di hadapan mata Daniel. Ketika dia melihat ke arah bumbung tersebut, Daniel seperti ternampak sesuatu. Dia berfikir sendiri, "Apa benda sia?"


Namun, yang membuatkan Daniel rasa pelik ialah di MRSM memang tiada pelajar perempuan yang berambut bebas. Semua diwajibkan bertudung. Jadi dia agak hairan dan tertanya, siapakah yang berada di atas bumbung itu, dan bagaimana pula dia boleh naik ke situ? Ketika Daniel mengelipkan mata selama beberapa saat, makhluk atau bayangan itu tiba-tiba menghilang. Masih bersikap positif, Daniel memujuk dirinya dalam hati, "Mungkin aku mengantuk kot."

Beberapa minit kemudian, Daniel terasa sesuatu menyentuh bahagian bahunya. Pada mulanya, dia sangka itu hanyalah gurauan salah seorang rakannya. Namun, apabila dia mula perasan, tangan itu benar-benar berada di atas bahunya dengan kuku yang panjang mencengkam perlahan.

Daniel cuba menjeling melalui hujung matanya. Apa yang dilihatnya membuatkan darahnya berderau. Yang pasti, rambutnya panjang mengurai dan tubuh berjubah putih berdiri betul-betul di sebelahnya. Tanpa sempat berfikir panjang, Daniel terus meracau dan akhirnya turut terkena histeria.

Daniel sedar dan bangun terus berada di foyer. Di MRSM, selepas jam 11 malam memang ada bacaan Surah Al-Mulk. Ketika bacaan itu berlangsung, seorang senior perempuan pula yang terkena histeria. Ukuran badan wanita itu, bayangkan beratnya sekitar 48 kg dengan ketinggian 159 cm, sudah tentu dia tidak boleh mengalahkan  seorang lelaki yang bermain rugby.

Ketika perempuan itu terkena histeria, ramai pemain rugby cuba menahannya agar tidak lari jauh. Namun, tiga orang pemain rugby pun tewas dalam usaha menahan wanita tersebut. Perempuan itu gagal diselamatkan dan akhirnya ditemui terkulai di atas bumbung sekolah. Bomba terpaksa masuk untuk membawa perempuan itu turun. Mujurlah dia tidak mati kerana bangunan itu mempunyai tiga tingkat. 

Keesokan harinya, Daniel pulang untuk mendapatkan rawatan di Darul Syifa. Ustaz pun tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang mengganggu Daniel. Selepas kejadian itu, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Denial tidak lagi mengalami gangguan yang teruk. Sekadar gangguan biasa-biasa sahaja.

___________________________________________________________________________________

Untuk pembaca: semestinya aku banyak soalan. Jadi aku tanya Daniel: 

"Boleh rasa ke?"
Denial jawab, "Ya, boleh."

Aku tanya lagi, "Nampak ke rupa tangan dan kukunya?"
Daniel jawab, "Ya, kuku panjang dan tangannya macam tangan orang tua, berkedut, dengan kuku kuning berkerak yang nampak macam tak pernah dipotong."

Aku tanya sekali lagi. Sementara Daniel meracau, kawan-kawannya ada bercerita apa yang berlaku.
Daniel kata, "Tidak, mereka cuma beritahu saya sedang meracau dan hampir nak lari."

_________________________________________________________________

Apa yang Daniel  tahu, tangan dan kuku itu bukan biasa-biasa. Ia adalah milik satu makhluk yang selama ini sering diceritakan dalam cerita seram kampung—pontianak. Bayangan makhluk itu sering dikaitkan dengan bau bunga cempaka dan suara tangisan yang menusuk jiwa. Dan malam itu, pontianak itu hadir mengganggu Daniel secara nyata.


Kisah Daniel tidak berakhir di sini. Selepas peristiwa gangguan pontianak itu, dua tahun kemudian, kebenaran tentang semua yang berlaku akhirnya terbongkar.. SAMBUNG PART 3


Diceritakan Oleh: Daniel 

Ditulis Oleh: Hailie 

Genre: Horror experience

Published on @LessonLane

All right reserved © 2025. Reproduction or reposting without permission is probihited.


English Verse: 

This incident happened at MRSM P— when Daniel was in Form 1. At the school, there was a large, old tree located in front of the boys' hostel. However, the school authorities had it cut down because it obstructed the view. The tree was actually situated a bit far from the boys’ hostel, even though it was right in front of it.


That night, the students were doing their prep — doing homework and so on. For Form 1 students, their classroom was on the top floor, facing an empty area. Daniel’s desk faced a window looking out toward another building. That night, a tragedy that would never be forgotten occurred when an outbreak of hysteria began. The hysteria had actually started since Maghrib prayer, and the atmosphere in the surau was already quite tense. But at first, Daniel did not find anything unusual. “Maybe it will be alright later,” he thought.


Suddenly, the hysteria hit the last classroom. The infection spread from one class to another, reaching the class next to Daniel’s. Daniel, being naturally curious, peeked to see who was affected. He saw a girl wearing a headscarf, looking down. Maybe she was the one affected, he thought. Still, Daniel continued with his homework as usual.


Daniel pretended to work while staring out the window, trying to calm his fears. His gaze fixed on a rooftop. The building’s roof was directly in front of his eyes. As he looked at it, Daniel thought he saw something. “What is that?” he wondered.

What made Daniel feel uneasy was that in MRSM, no female student was allowed to have free hair — everyone wore headscarves. So he was puzzled and asked himself how someone could be on the roof and how they could have climbed up there. When Daniel blinked for a few seconds, the figure suddenly vanished. Staying positive, Daniel reassured himself, “Maybe I’m just sleepy.”

A few minutes later, Daniel felt something touch his shoulder. At first, he thought it was just one of his friends playing a prank. But then he realized that a hand was really on his shoulder — with long nails slowly gripping it.

Daniel tried to glance sideways. What he saw made his blood run cold, long flowing hair and a white-clad figure standing right beside him. Without thinking, Daniel began to ramble and soon also fell victim to hysteria. 

Daniel regained consciousness and found himself in the foyer. At MRSM, after 11 p.m., it is customary to recite Surah Al-Mulk. While the recitation was going on, a senior female student was also struck by hysteria. The woman’s size, imagine weighing around 48 kg and standing 159 cm tall, she certainly could not be overpowered by rugby players.

When she was affected, many rugby players tried to hold her back from running away. But three rugby players lost the struggle to restrain her. The woman was not saved and was found lying limp on the school rooftop. The fire brigade had to be called to bring her down. Fortunately, she did not die because the building had only three floors. 

The next day, Daniel went to get treatment at Darul Syifa. Even the ustaz couldn’t confirm exactly what was disturbing him. After that incident, from Form 1 to Form 3, Daniel then never experienced severe disturbances again, just mild ones.


For the readers: I had many questions. So I asked Daniel:

“Can you feel it?”
Daniel replied, “Yes, I can.”

I asked again, “Can you see the shape of the hand and the nails?”
Denial answered, “Yes, long nails and the hand looked like an old person’s — wrinkled, with yellow crusty nails that looked like they had never been clipped.”

I asked once more. While Daniel was rambling, his friends told me what had happened.
Denial said, “No, they only told me I was rambling and almost ran away.”


What Daniel know was that the hand and nails were not ordinary. They belonged to a creature often told about in village ghost stories — a pontianak. This creature’s presence is often associated with the scent of champaka flowers and haunting cries that pierce the soul. And that night, the pontianak appeared to haunt Daniel in reality.


Daniel’s story did not end there.
After the terrifying incident with the pontianak, two years later, the truth behind everything that happened was finally revealed…


hysteria: Hysteria refers to a state of extreme emotional disturbance, often involving uncontrolled laughter, screaming, crying, or irrational behavior.


Story by: Daniel 

Writer: Hailie 

Genre: Horror experience

Published on @LessonLane

All right reserved © 2025. Reproduction or reposting without permission is probihited.

Comments

Post a Comment

Popular Posts