Through the Eyes of the haunted/ Dari Mata Seorang Mangsa -Part 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.
Pengenalan
Blog bersiri ini mengisahkan pengalaman sebenar seorang rakan saya (Danial) yang telah mengalami gangguan dan terlihat pelbagai entiti sejak berusia 6 tahun sehingga kini. Segala cerita yang dikongsikan adalah berdasarkan kisah benar, tanpa sebarang tokok tambah. Dari pocong, pontianak, makhluk hitam berbulu dan mata merah (mawas) hingga entiti aneh dengan wajah separuh bersisik ular. Cerita ini jarang didedahkan dan akan membawa pembaca menyelami dunia seram.
Introduction
This blog series based on real-life experiences of a close friend (Danial) who has encountered various supernatural beings since the age of 6. Everything shared in these stories is true, with no added fiction. From sightings of pocong, pontianak, a large black hairy creatures with glowing red eyes, to a terrifying entity with half face covered in snake like scales. This story invites you into a chilling journey rarely spoken about openly.
THROUGH THE EYES OF THE HAUNTED
DARI MATA SEORANG MANGSA
PART 1 (BILLINGUAL)
“Kalau dia tak bercakap… memang tu nenek aku. Tapi kalau dia bercakap… tu bukan dia.”
— Danial
Waktu tu, Danial nak balik kampung kat area Batu Pahat sebab nenek dia baru sahaja meninggal dunia. Masa grandma Danial masih hidup, neneknya macam hidup tapi tak hidup. Bila bercakap, orang memang takkan faham apa dia cakap. Macam bahasa Jawa, tapi bukan Jawa. Tak jelas langsung. Rumah kampung tu jenis rumah kayu. Dalam rumah tu ada dua tandas, satu di bawah dan satu lagi di dapur. Kalau hendak ke tandas bawah seram. Nak ke dapur pun seram juga, sebab kena lalu depan nenek. Danial memang tak tahu nenek dia tidur bila. Kalau dia nampak nenek tu tidur pun, posisi tidur dia pelik, macam mencangkung.
Masa nenek Danial meninggal dunia, umur Danial dalam lingkungan 5 atau 6 tahun. Setiap kali balik kampung, keluarga Danial akan tidur dalam satu bilik. Kaum lelaki tidur di bawah, manakala perempuan tidur di atas katil. Tempat tidur Danial pula memang betul-betul sebelah tingkap. Danial ni jenis yang pelik sikit, kalau tidur di kampung, tak kira letih macam mana pun, dia akan terjaga sekitar jam 3 ke 4 pagi. Memang setiap kali macam tu.
Malam tu, masa Danial tengah tidur, dia terdengar bunyi batu kena tingkap—macam ada orang baling.
“Takk… takk…”
Danial pun fikir, “Takkan pukul 3 pagi ada orang nak baling batu?”Dia biarkan saja. Fikir bukan-bukan nanti takut sendiri. Mungkin tak ada apa-apa.Tapi selang beberapa minit, tiba-tiba pintu tingkap tu terbuka sendiri.
Pintu tingkap rumah kampung tu jenis lama, yang dari atas sampai ke bawah boleh dibuka dua bahagian. Siap ada pagar dan bunyi “kuak” bila dibuka, malah tingkap itu mempunyai bahagian tengah yang orang boleh mendagu, atau duduk. Dekat tengah-tengah ada tempat kunci besi dan lock selak kayu. Nak pintu tu terbuka sendiri memang mustahil. Tak logik langsung. Banyak yang difikirkan oleh Danial "macam mana tingkap tu boleh terbuka?' Danial terkejut tapi masih okay.
Masa Danial nak lelapkan mata, tingkap tu masih terbuka luas. Tiba-tiba, ada satu benda melompat naik atas pagar jendela tu. Danial terus terfikir, “Takkan perompak kot, malam-malam macam ni?”
Dia nampak bayang-bayang benda tu, tapi pelik. Kalau manusia panjat, mesti bunyi kayu berkeriuk, sebab rumah tu rumah kayu. Mana mungkin ada bunyi “tuk” sekali je?
Bunyi tu bukan macam bunyi orang memijak—sunyi sangat. Kalau manusia, pergerakan dia mesti kedengaran jelas. Kemudian Danial dengar bunyi benda tu “drop”, dan terus melompat dari luar masuk ke dalam bilik. Masa tu, jantung Danial betul-betul berdegup laju.
Danial terus syak benda tu bukan manusia. “Gila ke manusia boleh lompat tinggi macam tu?” Dalam hati dia, memang benda tu bukan manusia.
Dia buka sikit-sikit mata, sebab curious nak tengok.
Danial nampak pocong. Masa dia nampak benda tu, pocong tu tengah ruku’ kat situ. Dulu, Danial memang jenis tak percaya benda-benda macam ni. Tapi bila kau tengok benda tu depan mata sendiri, memang rasa hidup kau macam nak terhenti terus.
Masa Danial nampak benda tu, dia nak terjerit tapi susah, macam suara terputus-putus. Pocong tu melompat keliling bilik. Jarak pocong dengan Danial cuma dalam 2-3 sentimeter saja, memang dekat sebab Danial tidur di bawah dan betul-betul berdekatan dengan tingkap. Bunyi lompatannya ‘dop dop dop’ perlahan sahaja. Danial buat-buat tidur supaya pocong tu tak perasan yang dia sudah terjaga. Pocong tu lompat tapi tak sampai ke lantai bawah, bunyi lompatannya sampai ke sudut bilik, menghadap dinding dan membelakangi Danial.
Danial fikir, “Asalkan benda tu tak kacau aku, aku okay.”
Lebih seram bila dia pusing dan melompat ke arah Danial, betul-betul dekat dengan kaki Danial, tapi dia menghadap tingkap. Danial ingat benda tu nak keluar, tapi tidak. Pocong tu kemudian baring kat sebelah Danial secara melintang. Slow-slow, dia baring sebelah Danial. Pada masa yang sama, Danial baring mengiring ke sebelah ayahnya. Sebelah ayah Danial pula adalah abang Danial. Danial cuba cuit ayah dengan harapan ayahnya bangun, tapi tak! Masa benda tu baring sebelah Danial, Danial syak benda tu baring mengiring juga sebab dia boleh rasa nafas yang kuat dekat tengkuknya.
Benda tu memang betul-betul kat belakang Danial.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pembaca:
Aku ada tanya Danial sama ada benda tu tahu atau tidak kalau kita pura-pura tidur?
kata Danial: Benda tu tahu sahaja kalau kita tidur atau pura-pura tidur. Pocong ni tak bodoh.
Tanya aku lagi, macam mana rupa pocong tu.
Malam tu, Danial memang tak nampak muka, tapi kain pocong tu bertanah, coklat gelap, kain lusuh, kotor dan berbau darah atau hanyir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu tu, Danial memang tak tahu nak buat apa lagi. Dia masih cuba kejutkan ayahnya, tapi ayah memang tak bangun. Danial cuba juga nak tidur balik, tapi tak boleh sebab hembusan nafas dan bau hanyir yang kuat sangat. Jadi, Danial tak tidur langsung sampai subuh. Tiba-tiba, benda tu hilang begitu saja. Sepanjang malam sampai subuh, Danial baring mengiring, rasa sakit badan semua waktu tu.
Waktu pagi tu, ayah Danial tanya, "Siapa yang buka tingkap malam tadi?"
Danial tak berani nak cerita lagi. Dia yakin orang takkan percaya, lagipun masa tu dia masih budak lagi, memang susah untuk orang percaya cerita macam ni.Lepas balik rumah di Pasir Gudang, barulah Danial mula rasa nak bagitahu mak dan ayah dia yang dia sebenarnya kena kacau dengan benda tu.
Minggu berikutnya, Danial balik lagi ke kampung. Tapi kali ni, dia memang trauma nak tidur. Sebelum masuk rumah, ayah Danial akan baca-baca dulu, macam pelindung. Malam tu, Danial tidur macam biasa… tapi dia termimpi nenek dia. Dalam mimpi tu, nenek Danial ada kat tengah sawah. Dia pakai baju putih, dan sedang panggil Danial. Mereka berdua langsung tak bercakap. Hanya pandang, dan nenek terus memanggil tanpa suara.
Sewaktu neneknya masih hidup, Danial tak pernah bercakap atau bermain dengan neneknya. Sejak kecil, Danial kenal neneknya sebagai seorang yang hidup… tapi tanpa nyawa. Sentiasa sakit, senyap, dan seolah-olah kosong. Tapi dalam mimpi tu, nenek Danial nampak sihat. Wajah dia tenang, tak macam yang Danial ingat. Danial pergi dekat, main dengan dia… baring sebelah dia. Untuk sekejap, semuanya rasa damai.
Danial pun cerita hal mimpi tu dekat keluarganya. Ada ahli keluarga lain yang kata, "Mungkin nenek nak turunkan saka keturunan kat Danial." Tapi, masing-masing tak ambil serius. Sebab masa tu Danial masih budak lagi, jadi ramai yang anggap semua tu cuma mainan mimpi je. 'Mungkin nenek rindu cucu dia saja…' itu yang mereka fikir.
Tapi memang banyak benda pelik yang berlaku masa nenek Danial meninggal.Waktu tu, ada seekor kupu-kupu berwarna-warni yang langsung tak keluar rumah. Dari pagi sampai malam, kupu-kupu tu cuma duduk kat satu tempat. Langsung tak bergerak jauh. Pakcik Danial, yang jenis agak hardcore, cuma cakap, "Biarlah... mungkin nenek nak tengok cucu-cucu dia buat kali terakhir"
Inilah kali pertama Danial encountered benda-benda pelik macam tu.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pembaca:
Aku tanya Danial, “Tu nenek kau ke bukan?”
Danial jawab perlahan, “Kalau dia tak bercakap… memang tu dia. Tapi kalau dia bercakap, tu bukan nenek aku.”
--------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita Danial tak habis sampai sini. Continue Part 2
English verse:
At that time, Danial was heading back to his hometown in the Batu Pahat area. His grandmother had just passed away. When she was still alive, she seemed like someone who was alive… but not really. When she spoke, no one could understand her. It sounded like Javanese, but not quite. Not clear at all. Just mumbled speech. The house in the village was made of wood, and it had two bathrooms—one downstairs and one near the kitchen. Both were creepy. To get to the kitchen toilet, you had to walk past his grandmother. Danial never knew when she slept. Even if she looked like she was sleeping, her position was strange—she squatted instead of lying down.
When his grandmother passed away, Danial was about 5 or 6 years old. Every time they returned to the village, the whole family would sleep in one room. The women slept on the bed, while the men slept on the floor. Danial’s spot was right next to the window. He had a strange habit—whenever he slept in the village, no matter how tired he was, he’d always wake up between 3 to 4 a.m. It was like clockwork.
That night, while Danial was sleeping, he heard the sound of stones hitting the window—like someone was throwing them.
“Takk… takk…”
Danial thought, “Who would be throwing stones at 3 in the morning?”
He brushed it off, thinking it was nothing. Didn’t want to scare himself. But a few minutes later, the window suddenly creaked open by itself.
The window was the old-school kind—could open top to bottom, had iron bars, and made a distinct creaking noise when pushed. There was a metal lock and a wooden latch in the middle. For it to open on its own was just… impossible. Danial thought to himself, “How the hell did that window open?” He was shocked but tried to stay calm.
Just as Danial tried to close his eyes again, the window was wide open. Suddenly, something leaped onto the window bars. Danial thought, “Could it be a burglar?”
He saw its shadow—but it didn’t feel right. If it was a human climbing up, there’d be creaking sounds from the wooden house. But the only sound was a soft “tuk”—just once. Too quiet. If it was a person, the movements would’ve been louder. Then he heard a soft thump—it had jumped from outside into the room.
Danial’s heart started pounding.
He was sure it wasn’t human. “There’s no way a person can jump that high,” he thought. He peeked with one eye, curious to see what it was.
And he saw it—a pocong.
It was in a bowing position, facing the wall. Danial used to be a skeptic. But when you see something like that with your own eyes… your whole world shifts.
He wanted to scream but couldn’t. His voice just wouldn’t come out. The pocong was jumping around the room. It was only 2–3 centimeters away from him—because he was sleeping on the floor, right next to the window. Its jumps made a soft “dop dop dop” sound. Danial pretended to be asleep, hoping it wouldn’t notice he was awake. It kept jumping, never landing on the floor, until it reached the far end of the room, back facing him.
Danial thought, “As long as it doesn’t disturb me, I’m fine.”
But things got worse. It turned and jumped straight toward Danial’s feet—facing the window. He thought it was going to leave, but no. It laid down beside him. Slowly, the pocong rested itself, lying horizontally beside Danial.
Danial was already facing his father. Next to his father was Danial’s brother. He tried nudging his dad, hoping he’d wake up—but nothing. As the pocong laid beside him, Danial suspected it was lying on its side too—because he could feel its heavy breathing on the back of his neck.
It was right behind him.
Note for readers:
I asked Danial, “Can those things tell when we’re pretending to sleep?”
Danial said: “They know. Pocongs aren’t dumb.”
I also asked what the pocong looked like.
He said he never saw the face. But its shroud was dirty—dark brown, muddy, with the smell of blood and rot.
Danial didn’t know what else to do. He kept trying to wake his father but gave up. He tried to sleep but couldn’t because of the breathing and the awful stench. He lay there until morning. Eventually, the thing disappeared—just like that. Vanished. He spent the whole night on his side. His body ached all over.
The next morning, his dad asked, “Who opened the window last night?”
Danial didn’t say anything. He knew no one would believe him. He was just a kid. When they got back to their home in Pasir Gudang, that’s when Danial finally decided to tell his parents he had been disturbed by something.
The following week, they went back to the village again. This time, Danial was terrified of sleeping there. Before entering the house, his father recited some prayers. That night, Danial slept as usual… but he dreamt of his grandmother.
In the dream, she was standing in a paddy field. Wearing a white dress. Calling out to him. But they didn’t speak. Just looked at each other.
When she was alive, Danial never spoke or played with her. He only ever knew her as someone who was sick—like a body without a soul. Silent. Still. But in the dream, she looked healthy and calm. Danial ran to her, laid down next to her, and for a moment… it felt peaceful.
Danial later told his family about the dream. Some of his relatives said, “Maybe she wants to pass down a family spirit—saka.” But most didn’t believe it. He was just a kid. They said maybe it was just a dream. That she missed her grandchild.
But there were too many strange things that happened when she died. For example, during the funeral, a colorful butterfly appeared and refused to leave the house. It stayed in one spot the entire day, never moving. Danial’s uncle, who wasn’t the superstitious type, just said, “Let it be… maybe she just wants to see her grandchildren one last time.”
That was Danial’s very first encounter with something beyond this world.
For the readers:
I asked Danial, “Was that really your grandma or not?”
He answered quietly, “If she didn’t talk… that was her. But if she spoke… that wasn’t her.”
Story by: Danial
Writer: Hailie
Genre: Horror experience
Published on @LessonLane
All right reserved © 2025. Reproduction or reposting without permission is probihited.
Comments
Post a Comment