Rasa kewujudan

 Genre: Cerita Seram 

By: H

Kadang-kadang, kita tak perlu nampak untuk tahu sesuatu tu wujud. Kadang-kadang, cukup 

sekadar.. rasa.  

 

Cerita ini berdasarkan kisah benar. 

Diadaptasi cerita daripada (Monny) bukan nama sebenar. 





Monny tidak pernah percaya kewujudan benda-benda halus. Sampai satu masa aku bertanya dan dia terpaksa percaya sebab Monny merasa kewujudan itu sendiri. 

Kisah ini bermula sebulan sebelum Monny mula semester akhir dekat UiTM. Masa tu Monny sibuk dengan FYP, ulang-alik dari kolej fakulti, tidur tak tentu waktu. Sehingga satu petang, Monny balik lambat dari perbincangan projek, dalam pukul 7 malam ( Maghrib). Sebelum berlaku peristiwa tersebut, 3 kali Monny turun menggunakan lift tersebut, pertama untuk ambil barang, kedua untuk ambil makanan dan ketiga hendak balik, waktu ketiga kali itu perkara itu berlaku. Pelik bagi Monny kerana berkali-kali menggunakan lift tidak dijangka dek akal kali ketiga itu. 

Monny masuk lift seperti biasa kerana hendak balik, pintu lift terbuka dan Monny menekan aras G seperti biasa. Tetapi, bila sampai ke aras G, Monny ternampak satu jalan yang tidak pernah dilalui dimatanya. Bila Monny sedar, Monny berdiri depan parking lot tapi kereta semua jauh dari tempat Monny biasa turun. Monny cuba balik turun lif dua tiga kali sampai Monny merasa "hilang" sekejap, macam putus dari realiti. Namun Monny terpaksa teruskan langkahnya, Monny terus mencari jalan keluar sehingga ada satu laluan dia blok itu tertulis "left Right' Monny memandang ke atas untuk mencari bangunan fakultinya, Monny berjalan terus ke bangunan fakulti itu. Nasib baik terjumpa keretanya. 

Sejak dari peristiwa itu, Monny mula sedar ada yang tak kena. Rasa macam diperhatikan. Dalam sebulan itu, Monny mula kena kacau. Tambahannya, Ketika balik ke rumah di Seksyen 22 pada jam 10 malam, Monny naik lift di bangunan itu, ada 4 lift, Monyy naik lift dihujung, lalu menekan tingkat rumahnya (level 21). Peliknya tiada siapa ketika itu, Monny keseorangan, namun lift berhenti di tingkat 17 dan pintu lift itu terbuka sendiri. Tak nak tutup langsung. 

Monny keluar dari lift tersebut kerana masih berpositif mungkin lift itu rosak, Monny cuba untuk menggunakan lift lain tetapi hanya lift itu sahaja yang ada ketika itu. Monny masuk balik, Monny tekan butang tutup lift berkali-kali barulah lift itu tertutup. Perkara ini berlaku dua kali, berhenti di level yang sama, dengan keadaan sekeliling yang malap. 

Monny balik dari Shah Alam ke PD, Sehingga satu malam, benda itu semakin berani menyentuh secara fizikal. El, kucing Monny. Selepas sampai rumah, Monny hendak ke kereta lagi untuk mengemas barang yang hendak diangkut ke dalam rumah. Kaki Monny terasa seperti ditarik dibawah kereta itu, namun bila Monny pandang bawah,  kosong disangkanya El. Namun tiada apa. Bila Monny masuk ke rumah, El sedang nyenyak tidur terlentang dengan perutnya yang gemuk itu. Monny kemudian berlari anak ke bilik kerana ketakutan.

Ada lagi ketika itu berlaku di rumah Monny sendiri di Port Dickson, ketika Monny didalam biliknya, sedang selesa bermain handphone tiba-tiba Monny merasa ada sepasang mata memerhatinya dari sudut bilik. Namun tidak dihirau, mungkin perasaannya terbawa-bawa. Setiap malam, Monny mulai mendengar bunyi guli jatuh dari siling, bunyi benda hempap atas bumbung kereta dan bunyi cengkerik yang kuat sangat. Bagaimana? rumah landed kot. Bukan setakat itu, Monny juga bermimpi yang bukan-bukan seperti mimpi anak kecil (baby).  

Beberapa minggu kemudian, Monny ada perkhemahan hujung minggu bersama kawan-kawannya di Hulu Langat. Masa itu Monny cuba lupakan semua benda pelik. Malam itu, Monny dan kawan-kawannya bermain Werewolf (catch the werewolf) semua orang kena pejam mata. Sangat sunyi ketika itu, tiba-tiba Monny terdengar suara orang menangis. Lirih, sayu macam dari jauh.. dalam hutan. 

Keesokannya, kawan Monny tanya "kau dengar tak semalam? macam bunyi anjing, tapi menangis. Bukan anjing biasa.." 

Lepas dari camping itu, barulah benda tu terasa hilang. Takda lagi rasa diperhatikan. Mungkin sudah bersama kawan-kawannya didalam hutan. 





Comments

Popular Posts